Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.
Strategi Berpusatkan Guru
Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah.
Juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.
Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar.
Pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap.
Ciri-ciri strategi berpusatkan guru
guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran
pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas
buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas
setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru
meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur
pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah
Strategi Berpusatkan Murid/Pelajar
Menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.
Mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.
Matlamat: memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis.
Kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif, mewujudkan motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.
Contoh strategi berpusatkan pelajar: penerokaan, inkuiri penemuan dan beberapa bentuk perbincangan.
Guru-guru mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.
Unsur-unsur utama yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :
Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru.
Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara individu atau di dalam kumpulan
Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan
Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.
Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan
Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.
Kepentingan pembelajaran berpusatkan bahan
Membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai.
Menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka.
Membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran diadakan.
Peranan guru dalam strategi pengajaran berpusatkan bahan:
membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat
membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan
mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan
memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan
membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.
Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti
Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apaapa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).
Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.
Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan; aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran.
Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .
Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya.
Peranan guru dalam strategi berasaskan tugasan/aktiviti:
Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.
Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.
Guru boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau bantuan tentng cara menyempurnakan kehendak tugasan.
Apabila pelajar mula melaksanakan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu.
Guru akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan.